aku ialah manusia dangkal
yang jarang nk bersyukur dengan nikmat yang Allah kurnia
Astaghfirullah al-azim
sekarang...
aku makin berubah
aku semakin dekat dengan Allah
aku rasa setiap hari yang aku lalui itu adalah nikmat
terutama hari2 yang telah lewat melepasi aku
kenapa?
sebab hari2 yang aku lalui sekarang
banyak mengajar aku untuk bersyukur pada yang telah lalu
suasana sekeliling aku
manusia di persekitaran aku
dan keadaan aku
semakin benci aku mendengar suara dia
semakin dekat aku dengan Allah
Alhamdulillah~~
kau adalah org pertama yang aku ptut berterima kasih
kerana dengusan dan keluhan harian kau
membuatkan aku sentiasa berfikir
adakah kau tidak pernah bersyukur dengan hari2 mu
sejenak ayat ini melintasi fikiran
"maka yang mana satu di antara nikmat2 Tuhan kamu, yang hendak kamu dustakan"
- surah Ar-Rahman -
mungkin aku yang tidak mengerti tekanan yang kau lalui
kerana
berbedanya cara pemikiran kita
tetapi satu yang aku pinta
tolong jaga adab sesama manusia
kerana aku hanya insan biasa
yang ada tika ingin memejam mata
yang pulangnya ingin beradu seketika
yang juga ingin bercerita pada ibunda
tetapi diganggu oleh suara
yang sentiasa tidak berpuas hati
pada setiap kejadian yang terjadi
dan bisa menggegar setiap inci
taik telinga yang tersimpan rapi
yang ikhlas,
aku
mantap ah sajok mu.....terbaik kah....alhamdulillah
ReplyDeletealhamdulillah illiy..ni je aku mampu..:)
ReplyDelete